Holla! Selamat pagi, cho san, good morning, ohayo gozaimas semua!
Hari ni guwa nak share resepi Brownies No Bling Bling yang sedap sehingga menjilat ibu jari kaki uoolls!
Kenapa Brownies No Bling Bling? Sebab brownies ni tak perlu dihias cantik-cantik, siap je boleh terus selamat dikebumikan dalam perut gitu. Heheh.. :-P
Kenapa Brownies No Bling Bling? Sebab brownies ni tak perlu dihias cantik-cantik, siap je boleh terus selamat dikebumikan dalam perut gitu. Heheh.. :-P
Ceh.. betoi kaa Cik Miza oii??
Betul derr.. ni guwa nak bagi resepi ni:-
Bahan-bahannya:-
-250 gm mentega
-4 biji telur gred A
-450 gm coklat masakan
-3/4 cawan tepung gandum
-1 sudu besar serbuk koko
-1 cawan gula perang
-1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya:-
1. Cairkan mentega melalui kaedah double boiler. Apabila dah cair, masukkan coklat masakan yang telah dicincang. Kacau sehingga cair dan sebati. Masukkan pula serbuk koko dan gula. Kacau mesra dan angkat dari api.
2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu, sambil kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga sebati.
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 35 minit.
*ampun dipinta.. gambar tak berapa berkualiti.
Selamat mencuba!
^v^