Tuesday, 21 October 2014

Tips Nak Dapat at least band 3 MUET


Hari ni nak share pasal acaner nak skor paling kurang band 3 dalam MUET.


Ye la, bukannya apa, kan Abang Jibby dah bentangkan dalam #Bajet2015 baru-baru ni. Kalau tak ingat, nah baca kat bawah ni: -


Meh nak kongsi tips nak skor at least band 3 dalam MUET.

 Ramai student yang nak ambik MUET salah teknik untuk study MUET. Sebab, diorang hafal vocabulary yang pelik-pelik yang tak pernah terjangkau di angkasa lepas sekalipun. Sekaligus "mengkhatam" kamus yang setebal kitab tu.. 
Hoi.. mengarut dah cik Mizah ni.. 
Hahah.. :-D
Tapi kan cik Mizah, kalau tak hafal vocab, macam mana nak speaking fluently? 
Meh nak bagitau rahsia... pstt.. jangan bagitau orang lain tau.. 

1. Cara terbaik untuk SPEAKING dengan lancar ialah dengan 
membaca atau menghafal ayat yang lengkap. Dapatkan sebuah buku atau novel inggeris untuk hasil maksima. Perghh... Ala, senang cakap, baca novel English yang berkualiti. Dia macam 2 in 1 la.. sebab bukan saja kita dapat praktis speaking, dapat jugak praktis untuk reading. 

2. Untuk paper speaking jugak, ada baiknya cuba berlatih speaking dengan kawan-kawan ke, family ke.. Jangan malu untuk berjaya.. Practice makes perfect tau.. :-) 

3. Untuk paper READING, baca buku atau novel English, highlightkan perkataan yang korang tak tahu. Cari maksud dalam kamus. Korang jugak boleh buat latihan dalam buku MUET yang terdapat di pasaran. *ayat baku hahahah.. :-D

4. Untuk paper WRITING pulak, in sha Allah korang boleh goreng punya.. hehe.. 
Tapi, at least cuba la review atau buat summary pasal novel tu.. Tapi, kalau dah malas sangat, baca je New Straits Times. Hehe..

5. Last but not least, ecehh... terspeaking pulak.. hehe.. untuk paper LISTENING, cuba korang tengok movie English, tak kisah la yang ada subtitle ke tak. 

Korang jugak boleh dengar lagu English, cuba fahami apo kono eh jang.. 

Eh bukan, cuba fahami apa yang penyanyi tu cuba nak sampaikan. I mean, feel.. feel.. *gaya komposer dah.. hahah..

Ok, selamat study! Break a leg! and wish you all the best in your MUET.. 

Belajar, belajar jugak, tapi jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah. Always ask from him. In sha Allah, Dia akan bagi.. 

Semoga kejayaan mengiringimu. Amin...

^v^









SUPERTERKINI: The Weekly Pay / StayReward / JobandcashAdalah Tip...

SUPERTERKINI: The Weekly Pay / StayReward / JobandcashAdalah Tip...: assalamualaiikum   siapa pernah dengar theweeklypay.com dan stayreward.com ?? ia memerlukan kita promote 1 link. jika ada yang ...

Sunday, 19 October 2014

#Cream Puffs #SweetProject #Part5 #110714 (Bahagian 2: Inti Krim Kastard)

Seperti dijanjikan, kali ini saya akan kongsikan resepi dan cara nak buat inti krim kastard untuk cream puff. Apa tunggu lagi, jom serang dapur!!!! Hoy hoy ya hoiii!! 
:-D

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  1. 60 g tepung kastard 
  2. 300 ml susu
  3. 70 g gula halus
  4. 1 biji kuning telur
  5. 1/2 camt esen vanila


Menyediakan inti krim kastard
i)                    Bancuhkan tepung kastard bersama sedikit susu hingga menjadi pes yang cair.

ii)                   Panaskan baki susu. Tapi, jgn didihkannya.


iii)                 Tuangkan susu suam ke dalam bancuhan tepung kastard sambil dikacau setiap masa.

iv)                 Bilaskan periuk, masukkan semula bancuhan tadi ke dlmnya.

v)                  Masak atas api perlahan dan terus mengacau hingga pekat, licin & mendidih perlahan utk memasukkan tepung.

vi)                 Tutup api, masukkan gula dan esen. Kacau rata.

vii)               Biarkan sejuk sedikit sebelum memasukkan kuning telur.

viii)              Kacau rata & biar mendidih perlahan-lahan semula.



      Menghidang krim paf

-Keluarkan pastri dari ketuhar, hiriskan slit di tepi setiap paf untuk utk melepaskan wapnya.




- Isikan krim kastard ke dalam setiap paf dgn menggunakan piping bag atau sudu.

 Dah siappp!! Inilah hasilnya: 



Selamat mencuba! 
^v^ 

Cream Puffs #SweetProject #Part5 #110714 (Bahagian 1: Choux Pastry)

Sweet Project kali ni memang bercita-cita tnggi. Bukan apa, bila mood nak buat something tu datang, memang bersemangat waja lagi berkobar-kobar la jadinya.. haha.. Selalu bila pergi kat bakeri, benda paling tergoda sekali cream puff la.. Sanggup jelajah macam-macam bakeri demi cream puff yang gebu, dengan inti yang padat.. Perghh!! Bayangkan rupanya je pun dah kecur air liur.. dah, lap keyboard sket, malu kat orang. Haha :-D

Resepi yang ni untuk buat choux pastri je.. ataupun paf je.. nanti resepi krim kastard akan diupdate dalam bahagian 2 okey.. 
Tapi, jangan pening pulak, tulisan besor-besor kt bwh ni sbb nak bagi korang nampak dengan jelas.. sebab nak buat krim paf ni, memang complicated sket. Hehe..



Bahan Pastri Choux: 
  • 175 ml air
  • 75 g mentega/ marjerin
  • 110 g tepung gandum
  • 2 biji telur besar (dipukul sedikit)
  • 1/4 camt rata garam


Cara Penyediaan:
Panaskan ketuhar, suhu 200.
A) Menyediakan pastri choux:
-Cairkan mentega dan air atas api sederhana
-Apabila lemak telah cair, kuatkan api supaya bancuhan mendidih dengan cepat.


-Alihkan periuk daripada api, masukkan tepung. Kacau rata dgn segera hingga adunan menjadi doh lembut, licin dan tak melekat pada tepi periuk. Biarkan sejuk selama 5 minit.


-Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil memukul (mengacau kuat) hingga semua telur habis.
Petua:
i)                   Untuk hasil yang lebih elok, lebih baik adunan dipukul antara selang memasukkan telur.
ii)                 Kalau adunan terlalu keras, tambah sedikit telur.
iii)               Konsistensi adunan lembut.


B)    Membakar paf
-Masukkan adunan pastri ke dalam beg aising dengan menggunakan tiub besar.

-Tekan dengan padat adunan yang sederhana besar untuk paf.


-Bakar pada tetingkat atas sehingga keemasan selama 20 atau 25 minit.



Saturday, 18 October 2014

23 Dessert Bars yang Sodap dan Sonang Dibuat

Tak tau nak makan apa sebagai snek?

Jom cekidaut 23 dessert bars yang sodap dan mudah dibuat! 

Emmmm... sodap sehingga menjilat ibu jari kaki .. hahah :-)


^v^

Wednesday, 15 October 2014

Perlu Tahu! Tips Sihat: Makanan yang Membuatkan Anda Sem****t


Hello! Tahukah anda makanan yang membuatkan anda sembelit? 

Jom cekidaut (check this out) 


Bak kata nenek sebelah sepupu guwa: prevention is better than cure. 
Perghh, canggih kan beliau? 
Siap berbahasa inggeris lagi.. haha.. 
Kalau nak tau, semua pepatah dia cakap dalam Inggeris je.. kuikui.. :-P

Apa-apa pun, jom klik ni: 


^v^

Sunday, 12 October 2014

DIY Mc Flurry Ice Cream #SweetProject #Part4 #040714

Yeah! I'm back! Sebenarnya dah lama dah nak share pasal #SweetProject yang dah masuk #Part4 dah.. (nampak tak tarikh kat title tu? 4/7/2014 lagi) Tapi hari ni baru "angin kus-kus" menerpa lembut di pipiku.. Huish.. power gila ayat sastera kali ni.. Haha.. :-D

Maka, inilah resepinya: 
A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cawan susu segar (guna Dutch Lady full cream pun bole)
C) 2 sudu kecil ovalette
D) 2 sudu kecil esen vanila
E) 1 paket oreo 

Cara membuatnya: 
1) Bahan a,b,c,d blend atau guna  mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..

2) Tuang ke dalam bekas aiskrim.

3) Letakkan oreo yang dihancur kasar atau dipatah-patahkan.


 4) Last sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman untuk hasil maksima.. n done!! 

Inilah hasilnya:

*Note: Tolong elakkan hasil seperti dalam gambar di atas. Utk elakkan jadi berketul-ketul mcm gambar di atas, sila pastikan ovalette betul-betul hancur dan sebati. 

Sekian. 
^v^