Friday, 6 December 2013

Inspired

Allahu Allah. Allah lebih menyayangi hamba-Nya.  
Sungguh, janji Allah itu pasti.


Marilah bersama-sama kita menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Ahmad Ammar yang telah gugur syahid dalam perjalanannya mencari keredhaan Allah. 
Syukran jazilan
^v^

Monday, 21 October 2013

#QuoteOfTheDay

Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita perlu..
Sebab, hanya Allah je yang tau apa yang terbaik untuk kita... 
Dan pertolongan dari Allah datang tanpa kita sangka... 
Malah, tanpa kita duga pun siapa hamba-Nya yang diutuskan untuk membantu kita semasa kita dalam kesusahan...


Kuncinya: 1. Ingatlah Allah semasa kita senang dan susah.....
2.  Bersabarlah... setiap masalah ada penyelesaiannya...
3. Hargai setiap nikmat yang ada di sekeliling anda pada setiap hari ..
4.  Jangan berhenti berdoa... Allah Maha Mendengar...

Syukran jazilan.. 
^v^




Friday, 13 September 2013

#Penting!!!

~Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Wallahua'lam.. Tp memang pun tanda2 akhir zaman dah lama muncul dan akhir2 ni makin semakin nampak tanda2 kiamat kubra..

Moga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai Allah..~

AllahHurabbi..

Saturday, 20 July 2013

Diari Ramadhan


Orang yg tidak takut kelihatan miskin, akan lebih mudah menjadi kaya..
Dan orang yg terlalu ingin kelihatan kaya, akan lebih mudah menjadi miskin..

Rahsianya adalah SYUKUR..

Syukur bukan hanya pada lafaz,
Zahirkanlah rasa syukur ini dengan amalan MEMBERI..

Giving without remembering,
Receiving without forgetting..

Mudah mudahan kita dikurniakan kekuatan untuk ini..

Amin..

Syukran jazilan

^v^

Friday, 19 July 2013

Video Wajib Tengok



Selagi ibu bapa anda masih bernyawa...
Hargailah mereka...
Sesunnguhnya syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu..

Monday, 15 July 2013

Tentang Roh dan Ramadan...

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Monday, 1 July 2013

Andai Terjaga di Tengah Malam



1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah.
berdoalah

Waktu macam ni doa makbul... Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.....tidur semula...

atau
Sebaik menyedari sudah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud.... Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia... dan berdoalah saat doa didengari Allah..."Sesungguhnya Allah s.w.t. berada di langit dunia di sepertiga malam yang terakhir..."..(Hadith Nabi s.a.w.)...utk mendengar doa' dari hamba2Nya....

Firman Allah s.w.t. :

"Hai orang yang berselimut...Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..Dan bacalah Al Quran dengan perlahan2...Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat... Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat utk khusyuk, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan..."
(Al Muzammil ayat 1 - 6)...

^v^

Sunday, 24 March 2013

6 Soalan Teka-Teki Imam al-Ghazali



SUATU hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki ) :
1. Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”

Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).”

2. Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = “Negeri Cina”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Matahari”
Murid 4 = “Bintang-bintang”

Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.”

3. Imam Ghazali = “Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
4. IMAM GHAZALI= “Apa yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
5. Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = ””Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

6. Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”

Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.”

^v^

Wednesday, 20 March 2013

Learn and learn...


Le gra~

^v^

24/7 Help

Le gra~

^v^

Tearful Day...

18/3/2013
Air mata ini tak henti-henti mengalir..
hati ini terasa sayu pabila terpandang katil roommateku yg kosong
Terkenangkan ibu,
Menahan kerinduan terhadap arwah abah,
Lalu mengenang dosa-dosa lama...
Diriku masih menanti hikmah di sebalik apa yang terjadi...
Today, I just wanna cry...

Menangislah, jika itu mampu menjadikanmu lebih kuat berdepan ujian dari Allah SWT...

^v^


Friday, 15 March 2013

Tentang Perancangan...


Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan...
Tapi, sebaik mana pun perancangan kita, perancangan Allah ialah sebaik-baik perancangan..
sebab... Allah tak bagi kita apa yang kita nak, tapi Allah bagi kepada kita apa tyang kita perlu..
keep calm and be simple..
Sabar itu indah...
  
Le gra~
^v^

Biarlah Gambar Berbicara...



^v^

Friday, 8 March 2013

Biarlah Lipas Menjadi Lipas


Pada suatu hari, sedang aku dok berjimba jimbun dengan rumate2 ku yang terchenta, salah sorang dari kami,  A tetiba jek berfalsafah.. Entah hangin ape entah tetiba je beliau bertitah: "Let bygone be bygone"..
Then, tetiba plak sorang lagi rumateku, Q tompang sekaki payung cakap mase kekecik dolu-dolu, beliau ingatkan "bygone" tu jenama ubat lipas..hahaha

*sekadar gambaq hiasan*

Menurut beliau lagi, (asal tetiba je baku lelebey plak ayat aku nih...ah, lantak ah..) beliau ingatkan "let bygone be bygone" = biaq lah lipaih(lipas) menjadi lipaih...
Tapi bila dah besaq baru beliau tau ghopenye bygone tu maksudnya lepas... so, that means, "perkara lepas usah dikenang"...
Punyalah sengal rumate aku yang sorang tu.... bleh plak dia samakan ubat lipas dengan perkara lepas...hahahaha

p/s: moral of the story is, study english leklok ye adik-adik sekalian... jangan jadi macam ni...hehehe...

Mucho mucho gracias 

^v^ 

Of Pencil and Eraser...

Sekiranya anda tak mampu untuk menjadi sebatang pensel untuk menulis kebahagiaan seseorang,
 cubalah menjadi pemadam untuk menghilangkan kesedihan mereka...



Le gra~ 

^v^

H.O.P.E.


Setelah sekian lama tdak menghapdet belog.... diriku kerinduan sudah... 


H.O.P.E. = Hold On, Pain Ends...

Senyum.... tak perlu kata apa-apa.... :)

Tuesday, 12 February 2013

La Tahzan

ALLAH menguji kita dengan sesuatu yang amat kita sayang, namun, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

ALLAH menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, tapi kita terduduk berlinang air mata saat impian kecundang.

Sesunnguhnya DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga.

Dear Math