Saturday, 20 July 2013

Diari Ramadhan


Orang yg tidak takut kelihatan miskin, akan lebih mudah menjadi kaya..
Dan orang yg terlalu ingin kelihatan kaya, akan lebih mudah menjadi miskin..

Rahsianya adalah SYUKUR..

Syukur bukan hanya pada lafaz,
Zahirkanlah rasa syukur ini dengan amalan MEMBERI..

Giving without remembering,
Receiving without forgetting..

Mudah mudahan kita dikurniakan kekuatan untuk ini..

Amin..

Syukran jazilan

^v^

Friday, 19 July 2013

Video Wajib Tengok



Selagi ibu bapa anda masih bernyawa...
Hargailah mereka...
Sesunnguhnya syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu..

Monday, 15 July 2013

Tentang Roh dan Ramadan...

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Monday, 1 July 2013

Andai Terjaga di Tengah Malam



1. Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah.
berdoalah

Waktu macam ni doa makbul... Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.....tidur semula...

atau
Sebaik menyedari sudah pukul 3 pagi, segera bangun untuk solat tahajud.... Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia... dan berdoalah saat doa didengari Allah..."Sesungguhnya Allah s.w.t. berada di langit dunia di sepertiga malam yang terakhir..."..(Hadith Nabi s.a.w.)...utk mendengar doa' dari hamba2Nya....

Firman Allah s.w.t. :

"Hai orang yang berselimut...Bangunlah utk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya....iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit... atau lebih dari seperdua itu..Dan bacalah Al Quran dengan perlahan2...Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat... Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat utk khusyuk, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan..."
(Al Muzammil ayat 1 - 6)...

^v^