Yeah! I'm back! Sebenarnya dah lama dah nak share pasal #SweetProject yang dah masuk #Part4 dah.. (nampak tak tarikh kat title tu? 4/7/2014 lagi) Tapi hari ni baru "angin kus-kus" menerpa lembut di pipiku.. Huish.. power gila ayat sastera kali ni.. Haha.. :-D
Maka, inilah resepinya:
A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cawan susu segar (guna Dutch Lady full cream pun bole)
C) 2 sudu kecil ovalette
D) 2 sudu kecil esen vanila
E) 1 paket oreo
Cara membuatnya:
1) Bahan a,b,c,d blend atau guna mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Tuang ke dalam bekas aiskrim.
3) Letakkan oreo yang dihancur kasar atau dipatah-patahkan.
4) Last sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman untuk hasil maksima.. n done!!
Inilah hasilnya:
*Note: Tolong elakkan hasil seperti dalam gambar di atas. Utk elakkan jadi berketul-ketul mcm gambar di atas, sila pastikan ovalette betul-betul hancur dan sebati.
Sekian.
^v^
No comments:
Post a Comment