Hai hai hai korang!! Hari ni nak share resepi Kek Red Velvet Kukus Ramadan Jangan Pergi..
Perghh!! Punya la panjang namanya.. Masa malam raya hari tu terasa nak buat kek je.. So, guwa pun buat la kek Red Velvet Kukus.. Resepi kredit to blog AMIE'S LITTLE KITCHEN...
*tepuk tangan sikit.. hehe.. :-)
Bahan-bahannya:
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur gred A
esen vanila
Topping:-
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula
Cara-caranya:-
- Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
- Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan kukus selama 45 minit.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Tadaaaa!!!
*Korang juga boleh buat 3 layer.. Yang kat atas kek tu, ialah lebihan kek. Hiaskan ikut kreativiti korang okey.. Selamat mencuba..
^v^
No comments:
Post a Comment