Jom buat Kek Pisang Emas Dibawa Belayar! Punya la panjang nama nya.. hehe...
Apa lagi, jom terjah resepi ni!
Bahan-bahannya:-
*250 gm tepung gandum
*1 camca teh serbuk penaik
*1 camca teh soda bikarbonat
180 gm marjerin
180 gm gula halus
3 biji pisang berangan- yang telah dilecek
90m gm minyak masak
1 camca teh esen vanila
2 butir telur
Cara membuat:-
1. Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
2. Pukul marjerin dan gula hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila dan pisang. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak. Sebatikan.
4. Masukkan minyak masak dan gaul rata.
5. Sapukan minyak di permukaan loyang, tuang adunan dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 45 minit.
Selamat mencuba.
^v^
No comments:
Post a Comment